Thursday, June 30, 2005

cerita 10

Bak kata pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar aL-Haj, “The most exciting adventure is when you begin the journey of self discovery”. Istimewanya manusia terletak pada akal. Namun hati tetap menjadi rajanya. Hati mahukan sesuatu, maka akal akan bertindak mencari jalan untuk mendapatkannya.

Tiba-tiba rasa macam pakar motivasi. Ehehe.. Bila aku fikirkan semula apa yang dah berlaku, aku sedar selama ini hati aku mahukan cinta..dan akal ku menurut kata hati, bertindak mendapatkannya walau apa jua cara. Tapi aku juga lupa kegunaan lain akal, berfikir sebelum menurut arahan hati..

Untuk apa sebenarnya aku asyik mengejar cinta? Sebab kawan-kawan lain bercinta? Sekarang Danny dah tinggalkan Myza untuk perempuan lain. Elly juga kecewa kerana lelaki yang disanjungnya selama ini juga pergi kerana ada benda lain yang hendak dikejar selain darinya.

Aku dapat rasakan kekecewaan mereka juga. Myza ke kelas dengan mata bengkak. Elly tidak bergurau dan ketawa riang seperti selalu.. Mereka menyibukkan diri dengan membuat kerja sambilan, menari di Saloma Bistro sekarang. Pulang saja dari kelas jam 5 petang, terus ke studio tarian di Jalan Gombak. Bukan dekat tu..KL dengan Bangi..Nak diikutkan, tak dapat apa-apa pun dari kerja susah payah tu. Gaji habis untuk duit minyak dan tol tiap hari. Kelas pun jarang dihadiri. Tapi aku faham, itu saja caranya untuk melupakan tekanan.. Jangan biarkan ada masa terluang untuk duduk sendirian dan meratapi nasib diri.

Takkan aku nak ikut jejak langkah mereka? Aku tiada langsung bakat dalam bidang tarian ni. Keras-kaku anggota badan ni menurut rentak lagu. Nak diikutkan, aku tidaklah seteruk mereka kecewa. Aku belum sempat merasa bercinta betul-betul pun.. Itulah.. orang bercinta, aku pun sibuk nak bercinta.. Orang putus cinta, aku pun dah merasa penangan putus cinta.. Hai..naseb..naseb..

Ah, jalan hidup ni masih panjang dan kisah hidup aku bukan sekadar untuk mencari cinta. Lagipun, aku masih muda lagi. Baru 23 tahun, nak masuk 24.. Apa nak dirisaukan?? Ehehe..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home